dusuntua.com is a Malaysian indexing website. Any place used for relaxation, recreation, attracting visitors for holidays, hotels, lodging or place for vacations is listed here.

Login

Member SignUp

Post a Free Ad

Having a problem? Contact web admin How to post? Step by step

Search by:




Teratak Riverview

 
Teratak Riverview Ulu Bernam
8415 page viewer

ADDRESS

Teratak Riverview
Kampung Simpang Empat Dalam 35900 Ulu Bernam
Perak Malaysia
Call us! +6013-5335033

REVIEWS

TERATAK BERNAM RIVERVIEW SDN BHD ialah sebuah resort berhadapan Sungai Bernam. Sungai ini berada di antara Perak dan Selangor.

Resort ini mempunyai kemudahan seperti chalet, tempat berkhemah dan asrama. Selain itu, kemudahan lain seperti dewan, surau dan lain-lain digunakan secara gunasama. Seterusnya, terdapat pelbagai aktiviti dijalankan disini.

Bermula tahun 2008 sehingga kini, Teratak Bernam Riverview semakin berkembang dan maju. Kini,Teratak Bernam Riverview telah menggunakan tenaga solar untuk menjana kuasa eletrik. Para pengunjung boleh menghayati pemandangan yang menarik dan suasana nyaman bersama sahabat dan keluarga tersayang.

Teratak Riverview menyediakan 18 chalet berserta bilik air. Setiap unit adalah sesuai untuk 5 orang. Chalet ini terletak di sebelah Selangor. Asrama 6 mempunyai enam tilam. Asrama ini mempunyai 3 bilik. Maka, 18 orang boleh menginap di kawasan Asrama 6. Asrama ini berada di sebelah Perak / kawasan perkhemahan. Pelanggan akan menggunakan tandas di tempat perkhemahan.

Teratak Riverview Ulu Bernam

Resort Ulu Bernam
Teratak Riverview Ulu Bernam

Resort Kampung Simpang Empat Dalam
Teratak Riverview Ulu Bernam

Ulu Bernam

Activities
  • Abseiling
  • Cycling
  • Family day
  • Floating / Water Confidence
  • Flying Fox
  • Jungle Trekking
  • Jungle adventure
  • Obstacle Course
  • Paintball
  • Sports
  • Team Building
  • Water Obstacles
  • Water sports

Facilities
  • Campsite
  • Catering
  • Chalet
  • Dining hall
  • Dormitories
  • Musolla
  • Open Hall
  • Outdoor facilities
  • PA System
  • Sport's field

Uniqueness:






Rajah 2 : Kelengkapan

Teratak Riverview menyediakan 18 chalet berserta bilik air. Setiap unit adalah sesuai untuk 5 orang.  Chalet ini terletak di sebelah Selangor.  Berdasarkan Rajah 1, chalet ini mempunyai kelengkapan seperti dalam Rajah 2.



Rajah 3 : Asrama 6
Asrama 6  mempunyai enam tilam. Asrama ini mempunyai 3 bilik. Maka, 18 orang boleh menginap di kawasan Asrama 6. Asrama ini berada di sebelah Perak / kawasan perkhemahan. Pelanggan akan menggunakan tandas di tempat perkhemahan.


Rajah 4 : Asrama 18
Asrama 18  mempunyai 18 tilam. Asrama ini mempunyai 2 pintu/bahagian. Pintu Asrama ada di bahagian depan dan belakang. Maka, sebanyak 36 orang boleh menginap di kawasan Asrama 18 ini. Asrama ini berada di sebelah Perak / kawasan perkhemahan. Pelanggan akan menggunakan tandas di tempat perkhemahan.


Rajah 5 : Asrama 40

Asrama 40 dilengkapi tilam dan katil. Seramai 40 orang boleh menginap di Asrama 40. Asrama 40 mempunyai 2 unit, maka Asrama 40 ini boleh memuatkan seramai 80 orang. Asrama ini juga mempunyai tandas di dalamnya serta ruang dapur diantara dua unit Asrama 40. Asrama ini berada di sebelah Perak / kawasan perkhemahan.



Rajah 6 : Kawasan Perkhemahan
Kawasan perkhemahan berada di sebelah Perak. Kawasan perkhemahan boleh memuatkan seramai 500 orang. Setiap khemah boleh dimasuki 4 atau 5 orang berpandukan besar khemah dan mengikut keselesaan.


Rajah 7 : Tandas
Pihak TRV telah menyediakan banyak tandas di kawasan perkhemahan / bahagian Perak.


Rajah 8 : Dapur
Ruang penyediaan makanan dan stor penyimpanan barang dapur.




 
Rajah 9 : Dewan Makan
Dewan Makan ini berada di bahagian negeri Selangor. Seramai 500 orang boleh makan di dewan makan ini. Penyediaan makanan secara ‘buffet’.




    
Rajah 10 : Dewan Serbaguna/ Surau Besar
Dewan serbaguna/ Surau Besar berada di sebelah negeri Perak berhampiran Asrama 40. Dewan Serbaguna boleh memuatkan seramai 500 orang manakala Surau Besar boleh memuatkan 550 orang untuk solat.





Rajah 11 : Dewan Kecil 1
Merujuk rajah 11, dewan ini berada di sebelah Perak. Dewan ini memuatkan seramai 100 orang.


 


Rajah 12 : Dewan Kecil 2
Merujuk rajah 11, dewan ini berada di sebelah Selangor dan di atas bukit. Dewan ini memuatkan seramai 100 orang.





Rajah 13 : Jambatan Besi
Jambatan Besi ini salah satu kemudahan pelanggan TRV untuk menyeberangi sungai. Jambatan ini berada di antara Perak dan Selangor.



      
Rajah 14 : Jambatan Gantung
Jambatan Gantung ini disediakan untuk pelanggan menghayati pemandangan di kawasan TRV dan hanya 10 orang dibenarkan melintasi menggunakan jambatan ini secara bergilir dan digunakan secara gunasama.




Rajah 15: Menara FlyingFox dan Chalet

Menara FlyingFox dan Chalet ini disediakan untuk aktiviti flyingfox. Selain itu, ada empat chalet di menara ini.



  • hotels in Langkawi
  • Koleksi Tudung Labuh Terkini
  • Search another Resort within:
  • City of Ulu Bernam
  • Postcode of 35900
  • State of Perak

  • CONTACT US
    +6013-5335033
    GPS COORDINATE: 3.682183,101.536309 Get direction here
    lokasi Teratak Riverview
    Have you been here? Leave a tip/comment to let other people know what's good. * Please don't ask question / quotation here because it won't be delivered.