dusuntua.com is a Malaysian indexing website. Any place used for relaxation, recreation, attracting visitors for holidays, hotels, lodging or place for vacations is listed here.

Login

Member SignUp

Post a Free Ad

Having a problem? Contact web admin How to post? Step by step

Search by:




how to remove shortcut virus

This listing has been viewed 1864 times




What is your problem?

how to remove shortcut virus
Pendrive kena virus? File semua hilang? Cuma tinggal icon shortcut je? Bila scan antivirus tak kesan apa-apa virus pun?

Know how to solve it

how to remove shortcut virus

Nampaknya pendrive anda telah dijangkiti virus shortcut. Virus shortcut ini amat popular lebih-lebih lagi apabila anda baru sahaja cucuk pendrive anda di komputer kawan-kawan. Bila cucuk semula di komputer sendiri habis semua file dalam pendrive hilang.

Jangan panik, atau terus format pendrive anda. Kerana file anda sebenarnya telah disembunyikan (hidden) dalam pendrive. Antara tanda-tanda yang file anda masih ada ialah kapasiti pendrive anda tidak kosong serta terdapat icon shortcut dalam pendrive.

Cara segera untuk akses ke file dalam pendrive ialah dengan menaip nama folder pada 'address bar' seperti F:/gambar. (F: adalah pendrive letter). Tetapi agak mustahil untuk anda ingat semua nama-nama folder dalam pendrive anda kan?

3 kategori virus shortcut yang anda perlu ketahui iaitu:

1- Drive shortcut virus - anda akan dapat lihat icon shortcut drive letter pendrive anda dalam pendrive.

2- Folder shortcut virus - anda akan dapat lihat icon shortcut setiap folder dalam pendrive

3- File shotcut virus - satu aplikasi yang akan create shortcut pada program file

Kenali dahulu kategori virus shortcut yang menyerang pendrive anda dan berikut adalah cara-cara membuang virus ini. Untuk kategori 1 dan 2, kaedah 'Command prompt' adalah amat berkesan seperti langkah berikut:

1- Cucuk pendrive anda

2- Open start menu -> taip cmd

3- Salin kod dibawah di line command (G: adalah pendrive letter)

ATTRIB -H -R -S /S /D G:*.*

4- Tunggu sehingga proses selesai

Setelah selesai, bagi kategori 1, anda akan dapati sebuah folder baru dalam pendrive anda dan di dalamnya ada kesemua file yang anda hilang. Bagi kategori 2 pula, folder-folder anda akan timbul semula seperti asal (sila padamkan icon folder shorcut secara manual). Bagi kategori 3 pula, anda boleh download mana-mana aplikasi shorcut virus remover dan run pada pendrive anda.

Sudah serik dengan segala macam virus yang berjangkit pada pendrive anda? ingin tahu beberapa langkah mudah supaya mimpi ngeri ini tidak berulang? Ikuti cara mudah untuk tidak terkena virus autorun seperti ini.






  • hotels in Langkawi
  • Koleksi Tudung Labuh Saiz l, xl, xxl, xxxl
  • Search by word: