Homestay Sakinah adalah sebuah homestay muslim.
Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Rekabentuk dalamannya ringkas dan selesa. Sesuai untuk penginapan 2-5 dewasa + 2-5 kanak-kanak.
Keluasan 22' X 70' dan mempunyai tempat letak kereta berbumbung. Muat untuk 2 buah kereta. Bermangga dan selamat.
Bilik utama dilengkapi
- 1 set katil kelamin (4 bantal + 1 bolster)
- aircond (new)
- kipas dinding
- water heater (dalam bilik air)
Bilik ke-2 dilengkapi
- 1 katil kelamin (4 bantal + 1 bolster)
- kipas meja
- aircond (new)
Bilik ke-3 dilengkapi
- 1 katil bujang (2 bantal)
- kipas meja
Selain itu ada disediakan meja makan, sofa, tv (29"), pemain dvd, radio, seterika, peti sejuk, rice cooker, kettle, dapur masak, kuali, periuk, pinggan mangkuk dan minum petang teh/kopi/gula (layan diri). Turut disediakan juga kelengkapan lain seperti tuala (3), sejadah (2), kain pelikat (2), telekung (2), Al-Quran (2) dan bahan bacaan ilmiah/santai.*
Amat hampir dengan UTM (4km), Pulai Spring Golf Resort (2km), Jusco Tmn U (1km), Giant UMall (300meter), Senai Airport (10km), Plaza Angsana (10km), Danga Bay (18km), Larkin (17km), Johor Bahru (19km) dan Singapura (21km).
Sesuai disewa untuk penginapan bagi program konvo utm, temasya sukan, rumah sanggah pertunangan/perkahwinan, melawat saudara, tempat rehat, student space, outstation, melancong ke Johor/Singapura dan sebagainya.
Bilangan maksima tetamu 10 orang termasuk kanak-kanak.
Kadar sewa satu malam,
- RM150 hari biasa
- RM180 hujung minggu (Jumaat mlm Sabtu, Sabtu mlm Ahad, Ahad mlm Isnin)
- RM200 hari sibuk (seperti musim konvo UTM, cuti sekolah, dsb)
- RM250 hari sibuk dan hujung minggu
- Diskaun 20% diberikan bagi tetamu yang menginap melebihi 3 malam.
|