dusuntua.com is a Malaysian indexing website. Any place used for relaxation, recreation, attracting visitors for holidays, hotels, lodging or place for vacations is listed here.

Login

Member SignUp

Post a Free Ad

Having a problem? Contact web admin How to post? Step by step

Search by:




Kos Beli Rumah Subsale yang perlu anda tahu sebelum bayar deposit

This listing has been viewed 556 times







legal fees baru
legal fees baru

What is your problem?

Kos Beli Rumah Subsale yang perlu anda tahu sebelum bayar deposit
Nak beli rumah 2nd. Tak tahu kos berapa nak bayar sebelum dapat kunci. Evaluation fee siapa yang bayar? (Ini adalah terpakai utk kes standard subsale)

Know how to solve it

Rumah adalah keperluan kita sebagai manusia. Bermula dengan menyewa rumah untuk diduduki, sudah tentu ada keinginan untuk membeli rumah sendiri kan.

Masih ramai yang tidak berapa yakin untuk membeli rumah yang masih dalam pembinaan (under con) kerana masih dihantui oleh kes-kes rumah tak siap dan pembeli terpaksa menangggung hutang bank.

Entry kali ini cuba menyingkap persoalan asas pembeli rumah; Berapa nak sedia duit utk beli rumah subsale?

Kos Beli Rumah Subsale yang perlu anda tahu sebelum bayar deposit
DEPOSIT

Anda hanya perlu menyediakan 10% daripada harga jual (Selling price) kerana baki 90% lagi akan dilangsaikan oleh loan bank anda.

Harus diingat bahawa pihak bank hanya membiayai pinjaman 90% daripada harga pasaran (Market value) rumah tersebut.(tertakluk juga kepada harga mana yang lebih rendah antara keduanya)

Contohnya: harga jual RM350ribu, maka deposit 10% adalah RM35ribu.


LEGAL FEE & STAMP DUTY

Legal fee adalah kos yang dikenakan oleh firma guaman bagi menguruskan sesebuah kes jual beli rumah. Ia ada jumlah tertentu yang telah ditetapkan dalam "perintah saraan peguam cara (pindaan) 2017". (Rujuk jadual pertama)

Sebaiknya pembeli meminta sebut harga kepada firma guaman yang ingin dirujuk kerana terdapat kos lain yang akan peguam sertakan seperti urusan kaveat, pendaftaran pejabat tanah, pengangkutan, telefon, land search dan lain-lain.

Bagi nilaian fi untuk stamp duty pula, ketetapan fi berikut digunakan.
RM100,000 pertama skala fi adalah 1%
RM400,000 seterusnya skala fi adalah 2%
Nilai berikutnya skala fi adalah 3%.
* Untuk pembeliah rumah pertama, anda layak untuk mendapat diskaun fi stamp duty sebanyak 50%

legal fees baru
LEGAL LOAN & STAMP DUTY

Ia amat bergantung kepada pakej loan yang anda ambil. Biasanya ia termasuk sekali dalam pakej pinjaman yang diberi oleh pihak bank. Walaubagaimanapun, contoh pengiraan boleh dilihat di http://lowpartners.com/calculator.php


VALUATION FEE

Fi penilaian adalah ditanggung oleh pembeli. Ia adalah proses penilaian hartanah yang dibeli dan biasanya dilakukan oleh pihak bank bagi memastikan harga rumah bersesuaian dengan pinjaman yang telah dikeluarkan.

Valuation fee juga biasanya termasuk dalam pakej pinjaman yang diberi oleh pihak bank. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik jika valuation fee mahupun legal fee/stamp duty loan dibayar secara tunai bagi mengelakkan installment bank meningkat.


INSURANS PERUMAHAN

Insurans yang biasa dibeli bersekali dengan rumah adalah MRTA. MRTA bermaksud MORTGAGE REDUCING TERM ASSURANCE. So setiap tahun SUM ASSURED akan berkurangan sampai habis tempoh loan rumah, SUM ASSURED akan jadi nilai " O ".

Rumusan yang boleh difahami adalah, deposit tunai 10%, legal fees dan stamp duty adalah kos utama yang perlu diberi perhatian.

Legal loan/stamping, valuation dan insurans biasanya termasuk dalam pakej loan yang disediakan oleh pihak bank.

Jalan terbaik adalah anda menyediakan duit tunai sebanyak 15% daripada selling price.


  • hotels in Langkawi
  • Koleksi Tudung Labuh Saiz l, xl, xxl, xxxl
  • Search by word: