dusuntua.com is a Malaysian indexing website. Any place used for relaxation, recreation, attracting visitors for holidays, hotels, lodging or place for vacations is listed here.

Login

Member SignUp

Post a Free Ad

Having a problem? Contact web admin How to post? Step by step

Search by:




Kolam Air Panas Batu 16 Dusun Tua

 

31816 page viewer

ADDRESS

Kolam Air Panas Batu 16 Dusun Tua
Kampung Dusun Tua Batu 16 43100 Hulu Langat
Selangor Malaysia

REVIEWS
Kolam air panas di dusun tua batu 16 adalah merupakan kolam air panas yang terhasil dari tindakbalas sulfur dalam tanah. Seperti mana-mana sumber air panas yang lain, ia memberi manfaat yang besar bagi sesetengah individu. Terletak di lokasi yang strategik (walaupun tanah persendirian), ia telah diwakafkan untuk kegunaan orang ramai. Sesiapa sahaja dibenarkan mandi menggunakan air di kolam ini dengan peraturan-peraturan yang mudah. Oleh kerana ia bukanlah kolam mandi, tidak ada sesiapa dibenarkan untuk masuk berendam di dalam kolam. Cuma guna gayung dan baldi. Walaupun begitu, memang sangat berbaloi untuk mandi. Keadaan persekitaran dijaga rapi. Terdapat lebih kurang 10 buah pondok wakaf kecil yang dibina bagi memudahkan pengunjung untuk meletakkan barangan. Bilik persalinan yang seadanya memudahkan lagi sesi persalinan. Kawasan mandi telah diasingkan antara lelaki dan perempuan. Walaupun begitu, sumber air masih dari kolam yang sama. Kawasan ini dibuka setiap hari bermula jam 7.30 pagi hingga 7.30 malam.

Other Hulu Langat

Other Kampung Dusun Tua Batu 16

Hulu Langat


  • hotels in Langkawi
  • Koleksi Tudung Labuh Terkini
  • Search another Other within:
  • City of Hulu Langat
  • Postcode of 43100
  • State of Selangor

  • CONTACT US
    GPS COORDINATE: 3.1393,101.836154 Get direction here
    lokasi Kolam Air Panas Batu 16 Dusun Tua
    Have you been here? Leave a tip/comment to let other people know what's good. * Please don't ask question / quotation here because it won't be delivered.