dusuntua.com is a Malaysian indexing website. Any place used for relaxation, recreation, attracting visitors for holidays, hotels, lodging or place for vacations is listed here.

Login

Member SignUp

Post a Free Ad

Having a problem? Contact web admin How to post? Step by step

Search by:




Honda Civic Type R

This listing has been viewed 1155 times
Honda Type R 2017
Honda Type R 2017
Honda Type R 2017



















REVIEWS

Honda telah mendedahkan model Civic R serba baru di Pameran Geneva Motor Show 2017, lebih awal dari pelancaran model Eropah pada musim panas. Kereta baru ini dibina dari warisan Honda dalam membangunkan hatchbacks berprestasi tinggi, dan mempamerkan secara muktamad ekspresi ketulinan dinamik pada segmen itu.

 

Berkongsi asas yang sama dengan hatchback Civic baru, Type R ini dibuat dari bawah ke atas untuk menyampaikan pemanduan yang paling membanggakan dalam segmen hot-hatch –ie; kedua-dua sama ada di jalan raya dan di trek perlumbaan.

Revised 2.0 liter enjin VTEC TURBO dan 6-kelajuan transmisi manual

'Hati' yang terdapat dalam 2.0 liter VTEC TURBO  yang memenangi pelbagai anugerah sebelum generasi Type R telah dioptimumkan dan diperhalusi dan kini menghasilkan 320 PS dengan tork puncak 400 Nm. Tindak balas pendikit dan pemanduan bertambah baik. Terima kasih kepada ‘optimised engine control settings’

 

Enam kelajuan transmisi manual yang lancar dan tepat dimajukan lagi oleh sistem kawalan ‘rev match’ yang memastikan tiada kompromi dalam hubungan intim (engine dan gear), dan juga  Type R dengan pemandu.


Casis yang lebih keras dan  suspensi yang disemak semula

Type R mengaplikasikan keringanan, rangka badan lebih tegar pada  hatchback Civic baru dan menambah baik dalam isi-isi penting. Berbanding dengan Type R sebelumnya , ketegaran kilasan adalah bertambah baik sebanyak 38%.

 

Bahagian depan ‘Macpherson strut suspension’ pada  hatchback standard disemak dengan geometri baru untuk mengurangkan gelinciran tork dan memaksimumkan pengendalian  supaya lebih sporty. Pada bahagian belakang, sistem multi-link baru yang bebas pada kereta standard diperbaiki lagi dengan penggunaan ‘high rigidity suspension arms’ yang unik.


Mod pemanduan yang dipertingkatkan

Mod pemanduan pilihan yang dipertingkatkan telah menjadikan kebolehgunaan kereta ini lebih besar berbanding dengan Type R sebelumnya. Tetapan baru 'Comfort' yang digandingkan bersama  'Sport' dan mod trek berfokuskan '+ R'. Setiap pilihan disesuaikan dengan peredam penyesuaian, kuasa stereng, perasaan penukaran gear dan response pendikit ke atas kereta seperti diminta.


Aerodinamik diperhalusi untuk kestabilan kelajuan tinggi

Type R serba baru ini mempunyai pakej aerodinamik yang lebih menyeluruh daripada model sebelumnya, termasuk underbody  yang lebih licin, tirai udara depan, sayap belakang ringan dan penjana pusaran di pinggir belakang garisan bumbung. Rekabentuk agresif yang mempunyai keseimbangan yang terbaik dalam kelasnya di antara ‘lift’ dan ‘drag’, menyumbang kepada kestabilan berkelajuan tinggi yang lebih besar.


Dihasilkan di Eropah, dieksport ke pasaran utama di seluruh dunia

Pengeluaran Civic Type R dijangka bermula pada musim panas 2017 di Honda, UK Manufacturing (HUM) di Swindon - hab pembuatan global untuk generasi ke-10 Civic hatchback.

Type R akan dieksport di seluruh Eropah dan pasaran lain di seluruh dunia, termasuk Jepun dan Amerika Syarikat.

Tiga kesimpulan utama yang boleh dibuat pada Type R baru ini:

  • Diperbuat untuk menghasilkan pengalaman pemanduan yang paling berharga dalam segmen hot hatch.
  • Engine 2.0 litre VTEC TURBO yang diperkemaskan dan diperhalusi untuk memberikan output 320 PS dan 400Nm daya kuasa.
  • Diperhalusi dengan design yang lebih dinamik lagi sporty dari Civic hatchback untuk prestasi pemanduan yang berkualiti.
  • Koleksi Tudung Labuh Terkini Asmi
  • List of Hotels in Langkawi
  • Other user also view this