dusuntua.com is a Malaysian indexing website. Any place used for relaxation, recreation, attracting visitors for holidays, hotels, lodging or place for vacations is listed here.

Login

Member SignUp

Post a Free Ad

Having a problem? Contact web admin How to post? Step by step

Search by:




Jimat minyak dengan service distributor cap

This listing has been viewed 3315 times
jimat minyak kereta
jimat minyak kereta
jimat minyak kereta

What is your problem?

Jimat minyak dengan service distributor cap
kereta susah nak start, engine idle tak stabil, pickup kereta tak macam dulu, tekan pedal minyak tapi kereta tak pergi, dah tukar macam-macam tapi masih tak selesai masalah idling kereta.

Know how to solve it
Masalah kereta biasanya berkaitan antara satu sistem dengan sistem yang lain. Lebih-lebih lagi melibatkan sistem pembakaran enjin. Entry kali ini akan cuba membantu para pembaca membuat sendiri (DIY)service distributor cap.

Jimat minyak dengan service distributor cap
DIY ini dibuat pada kereta proton Iswara engine 4g15 carburetor. Distributor berfungsi sebagai pengagih voltan tinggi daripada ignition coil ke spark plug.

Oleh kerana ia melibatkan sistem elektrik, rintangan yang bertambah akibat daripada contact point (dalam distributor cap) yang tidak diservis akan menyebabkan gangguan pada sistem agihan.

Gangguan ini mungkin menyebabkan masalah seperti idle kereta tidak stabil, pickup kereta lembap, dan kerta susah dihidupkan. Kaedah service seperti ini tidak dibuat di kedai/bengkel kereta kerana mekanik akan mencadangkan supaya cap ini digantikan dengan yang baru. Lebih mudah.

Langkah pertama, buka 2 screw yang mengikat kepala penutup distributor (cap) dan tanggalkan perlahan-lahan. Lihat pada rod aluminum yang berkerak pada cap tersebut. Gunakan test pen atau alatan yang seumpanya untuk mengikis karbon yang melekat pada rod tersebut.

Pastikan hanya karbon sahaja yang dikikis. Selaput karbon yang menutup rod aluminum menyebabkan rintangan bertambah dan seterusnya mengurangkan voltan yang pergi ke spark plug.
Bagi kereta model baru, sistem agihan voltan secara elektronik telah digunakan. Tidak perlu bimbang lagi.

  • hotels in Langkawi
  • Koleksi Tudung Labuh Saiz l, xl, xxl, xxxl
  • Search by word: